Friday, August 27, 2010

Pandangan Remaja Terhadap Agama

Agama didefinasikan sebagai sistem kepercayaan yang dianuti dan tindakan suatu kelompok ataupun masyarakat dalam menginterpretasi dan memberi respon kepada apa yang dirasai dan dipercayai sebagai ghaib dan suci. Agama merupakan sistem kepercayaan yang menjadi inti pati sistem nilai dalam kebudayaan sesuatu masyarakat. Sebagai sistem kepercayaan, agama menyebarkan ajaran dan petunjuk kepada para penganutnya supaya terselamat dalam kehidupan selepas meninggal dunia. Terdapat empat tahap agama iaitu tahap rahsia, tahap peribadi, tahap kumpulan, dan tahap masyarakat. Pada tahap rahsia seseorang itu memegang ajaran agama yang dianutinya dan yang dipercayainya bagi dirinya sendiri, bukan bagi dibincangkan atau dinyatakan kepada orang lain. Pada tahap peribadi seseorang itu membincangkan atau menambahkan dan menyebarkan pengetahuan dan kepercayaan agamanya kepada sejumlah orang secara peribadi. Pada tahap kumpulan individu mempunyai kepercayaan yang sama dengan kepercayaan agama individu yang lain dalam kelompok yang besar manakala tahap masyarakat pula ialah kepercayaan agama yang sama dengan kepercayaan agama masyarakat itu. Secara keseluruhan, agama bukan sahaja kepercayaan peribadi tetapi juga pemikiran, emosi dan perasaan kelompok masyarakat yang wujud dalam pelbagai tindakan agama masyarakat. Agama juga menimbulkan pelbagai interpretasi dan kepercayaan agama bukan sahaja wujud pada tahap individu ataupun tahap sosial dan kelompok, bahkan juga pada tahap masyarakat.



Islam

Islam adalah anugerah Allah kepada manusia yang disampaikan melalui pesuruh-Nya Nabi Muhammad yang menjadi nabi dan rasul yang terakhir. Beliau adalah pemimpin agung Islam yang menjadi teladan dalam segala aspek kehidupan. Beliau adalah lambang agama Islam itu sendiri. Menurut sejarah, Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah pada 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 20 April 570 Masihi. Nama beliau adalah Muhammad yang bererti terpuji. Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibunya Aminah binti Ibnu Zuwaib. Berketurunan Hasyim daripada kaum Quraisy yang menjadi cabang daripada salasilah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad adalah manusia yang terkenal dengan sikap amanah, jujur dan bertanggungjawab. Beliau tidak pernah mempercayai upacara penyembahan dan pemujaan berhala yang dijalankan oleh kaumnya. Justeru Allah memilih beliau sebagai Rasul dan Nabi bagi memerangi kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakatnya. Kehidupan mereka yang dikategorikan jahiliah kerana mereka sukakan keseronokan yang menjatuhkan sifat berperikemanusiaan seperti suka membunuh bayi perempuan, minum arak, berfoya dan berzina.

Manusia memerlukan panduan dan bimbingan dalam meneruskan kehidupan. Tanpa panduan dan bimbingan, manusia menjadi sesat dan hilang arah tujuan kehidupan. Justeru Allah menurunkan wahyu-Nya kepada manusia dan rasul sebagai pembimbing manusia dalam menjalani kehidupan yang sempurna dan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat iaitu Al-Quran dan Sunnah. Al-Quran yang menjadi kalam Allah diturunkan melalui wahyu bagi Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Ia mengandungi semua hal berkaitan agama Islam seperti perkara yang disuruh, perkara yang dilarang, kisah teladan, perkara ghaib dan sebagainya. Sunnah pula perjalanan hidup Nabi Muhammad iaitu peraturan yang diikuti oleh umat Islam berdasarkan perbuatan dan perkataan beliau yang disampaikan secara lisan kepada para sahabat. Islam adalah ad-din yang bermatlamatkan keamanan, kesejahteraan dan kebahagiaan kehidupan dunia dan akhirat.



Kristian

Berdasarkan fakta sejarah, agama Kristian mengalami proses evolusi dan pengubahsuaian yang membawa perbezaan antara ajaran Kristian yang asal dengan pengamalan masa kini. Justeru pembawa ajaran ini dibahagikan kepada dua aliran iaitu Jesus Christ dan ajaran Paulus. Agama yang dibawa oleh Jesus Christ dilihat dari tiga aspek, iaitu sebagai kepercayaan, upacara hidup dan komuniti manusia. Ketiga-tiganya berdasarkan kehidupan dan pengajaran Jesus Christ yang dipercayai oleh penganutnya sebagai anak Tuhan kerana beliau dilahirkan ke dunia tanpa bapa. Sumber utama yang menjadi rujukan penganut agama Kristian adalah Kitab Injil (Bible). Kitab ini terdiri daripada himpunan kitab-kitab yang dianggap suci yang bermaksud khabar kesukaan. Kitab Injil terdiri daripada 66 kitab besar kecil. 66 kitab ini terbahagi kepada dua iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian Lama terdiri daripada 39 kitab dan surat-surat dalam bahasa Ibrani manakala Perjanjian Baru terdiri daripada 27 kitab dan surat-surat dalam bahasa Yunani. Terdapat sepuluh rukun (The Ten Commandments) dalam Bible.



Buddha

Agama Buddha adalah agama yang dianut oleh sebahagian besar penduduk Asia. Terdapat lebih daripada 500 juta penganut agama Buddha di dunia yang jumlahnya mencakupi ¼ penduduk dunia. Pengasas agama ini adalah Gautama Buddha, dilahirkan pada tahun 563 SM. Nama sebenarnya adalah Siddartha Gautama. Sejak kecil lagi Gautama meminati kehidupan bertakafur. Gautama meninggal dunia ketika berusia 80 tahun (483 SM). Ajaran-ajaran Buddha dikumpulkan oleh para pengikutnya dalam bentuk teks yang dikenali sebagai Pitaka. Ajaran-ajaran tersebut dikumpulkan dalam tiga buah Pitaka yang juga dikenali sebagai Tripitaka yang terdiri daripada Vinaya Pitaka, Sutta Pitaka dan Abhidhamma Pitaka. Terdapat empat elemen dalam Empat Kebenaran Mulia iaitu kebenaran berkenaan dukkha, kebenaran berkenaan sebab-musabab dukkha, kebenaran berkenaan penghapusan dukkha dan kebenaran berkenaan cara menghapuskan dukkha.



Hindu

Agama Hindu berusia lebih daripada 3000 tahun yang muncul pada Zaman Veda (2000 SM hingga 1000 SM) di India. Ia muncul hasil percampuran orang di Lembah Indus dengan orang Aryan. Orang Aryan dari Asia Tengah membawa bersama-sama kebudayaan dan kepercayaan mereka apabila mereka pergi ke India. Agama Hindu adalah agama yang tertua di dunia. Perkataan ‘Hindu’ berasal daripada nama Sungai Indus yang mengalir melalui India utara. Pada zaman purba, sungai Indus dikenali sebagai ‘Sindhu’. Tetapi orang yang berpindah ke India memanggil sungai itu ‘Hindu’, tanah di situ dipanggil ‘Hindustan’ dan orang di situ dikenali sebagai ‘Hindus’. Maka agama dipegang oleh Hindus dipanggil agama Hindu. Agama Hindu berdasarkan pada pengalaman bukannya kepercayaan semata-mata. Asas kepercayaan agama Hindu dikenali sebagai Panca Grada (Lima Kepercayaan) iaitu Percaya kepada Sang Hyang Widdhi, percaya kepada Atman, percaya kepada hokum Karma Phala, percaya kapada Punarbawa dan percaya kepada Moksha(syurga). Kitab Suci adalah sumber panduan bagi agama Hindu. Kitab suci dalam agama Hindu disebut sebagai Veda. Perkataan Veda berasal daripada bahasa Sanskrit yang bererti pengetahuan. Terdapat beberapa jenis Veda iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharya Veda.



SITI NUR AZILAH BINTI AHMAD NASIR

205508

Harapan Bangsa Terhadap Remaja

Kerajaan telah menetapkan satu matlamat dan misi yang cukup spesifik dan jelas iaitu WAWASAN 2020 untuk memjadikan Negara kita, Malaysia sebuah Negara maju. Namun,tanggungjawab ini bukan sahaja pada bahu kerajaan tetapi adalah tanggungjawab seluruh masyarakat MALAYSIA terutamanya tulang belakang Negara, pemuda-pemudi kita.
Sebagaimana yang kita tahu,remaja adalah bakal pemimpin dan pemangkin pada masa hadapan.Sejak dilahirkan,mereka dipupuk dengan nilai-nilai murni yang baik serta mendapatkan pendidikan yang bertaraf tinggi.Segala usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap remaja supaya mereka menjadi insan yang berguna dan memberikan sumbangan dengan sepenuhnya terhadap negara serta masyarakat pada masa yang akan datang.
Betapa tingginya harapan yang ditaruhkan oleh masyarakat dengan negara terhadap remaja.Walaubagaimanapun,remaja pada hari ini sering memandangkan remeh terhadap program-program yang telah dijalankan oleh kerajaan.Misalnya bagi Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).Ramai remaja yang mengelakkan diri mereka untuk menyertai program tersebut dan mengemukakan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Sebagai seorang remaja haruslah kita menghargai segala-segala yang dianjurkan oleh kerajaan.Dengan melibatkan diri dapat kita mempelajari kemahiran yang baru di samping itu menunjukkan kepepimpinan dan kewibawaan yang ada agar kita berkemampuan untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat.
Masyarakat pada masa kini semakin melakukan perubahan yang baru dan canggih supaya mutu dan kualiti negara dapat dimajukan ke tahap yang lebih tinggi.Kita tidak boleh lagi menjejaki zaman dahulu kerana masa kini adalah 21 centuri.Negara memerlukan remaja yang bakat,kebolehan,berkemampuan untuk bersaing di era globalisasi yang sengit ini.Dari segi teknologi,pendidikan,pemerintahan,sukan dan lain-lain lagi perlu dipertingkatkan agar dapat diiktirafkan di peringkat antarabangsa.
Negara menaruhkan semua harapan terhadap remaja agar mereka dapat melindungi dan mempertahankan maruah,imej serta identiti negara.Semangat patriotisme yang membara-bara adalah sokongan dan dorongan sebagai satu hala tuju untuk memajukan negara.Masa depan negara dan masyarakat bergantung kepada remaja supaya memimpin dengan lebih sistematik,teratur dan menjadikan masa depan negara lebih cerah dan makmur.
“Pemuda bakal pemimpin,pemudi bakal pemangkin”,tidak boleh dinafikan remaja adalah harapan sesebuah negara.Oleh itu,haruslah kita berganding bahu bersama-sama untuk mengembangkan negara ke arah yang lebih tinggi dan cerah.

Lee Howe Chong
205074

Pemikiran Remaja Masa Kini

“Pemikiran remaja terkini”, merupakan salah satu topik antara kalangan topik yang membincangkan remaja. Sebenarnya topik yang mengenai remaja banyak diberi perhatian daripada pelbagai pihak serta dari pelbagai aspek pada zaman kini. Adakah berasa hairan apabila melihat golongan remaja ini diberi banyak perhatian sama ada dari segi fizikal, mental, rohani, serta jasmani yang ada pada mereka? Jawapannya adalah kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara . Oleh itu, negara kita bergiat melaburkan banyak usaha untuk membentuk remaja yang sempurna dari semua aspek supaya pemimpin negara yang akan datang ini dapat membawa negara kita menuju ke era yang baru.


Remaja boleh didefinisikan sebagai pemuda yang telah besar atau mulai menjadi matang manakala perkataan pemikiran pula merujuk kepada cara memikirkan sesuatu perkara atau hal. Oleh itu, dalam topik “Pemikiran remaja tekini”, kita akan membincangkan cara memikirkan sesuatu perkara oleh pemuda-pemudi pada zaman sekarang. Pada pendapat saya, pemikiran remaja kini boleh dibahagi kepada positif atau negatif. Pemikiran yang positif dapat membentuk insan yang cermelang. Sebaliknya, pemikiran yang negatif pula boleh memusnahkan seseorang remaja dalam pelbagai makna. Jika begitu, bagaimanakah pemikiran remaja terbentuk dan bagaimanakah untuk mengklasifikasikan pemikiran remaja sebagai positif atau negatif? Sebenarnya, pemikiran remaja yang terbentuk dipengaruhi oleh banyak faktor seperti identiti, sosial, persekitaran, dan lain-lain. Pemikiran remaja ini pula diklasifikasikan berdasarkan norma yang sedia ada. Seterusnya, isi akan membincangkan beberapa pemikiran yang diklasifikasikan sebagai pemikiran negatif.


Pertamanya adalah pemikiran remaja yang tidak suka bergaul. Bilangan remaja dalam golongan ini adalah kecil. Mereka sering berseorangan dan tidak berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini mungkin disebabkan mereka tidak mudah mempercayai sesiapa dan ingin menjauhi diri daripada yang lain. Jika mereka disuruh menyertai apa-apa aktiviti yang orang ramai, mereka rela menyorok di dalam bilik dan buat perkara yang sukai. Meraka sentiasa melakukan aktiviti yang bersendirian seperti membaca buku, menonton anima, bermain permainan elektronik dan sebagainya. Pemikiran ini menyebabkan remaja tidak dapat berdepan dengan orang ramai serta tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain. Kegagalan untuk berinteraksi dengan orang lain mestilah menjadi kekangan yang besar kepada remaja pada masa depan.




Pemikiran yang tidak realistik turut menjadi salah satu simbol bagi remaja tekini. Golongan remaja yang berfikiran tidak realistik akan sentiasa memikirkan perkara yang bukan-bukan atau mustahil. Mereka memberikan perhatian kepada perkara atau benda yang hanya wujud dalam dunia maya. Contoh yang paling dikenali ramai ialah permainan “online”. Remaja akan mengimaginasikan watak dalam permainan sebagai diri sendirinya. Mereka akan mulai tagih terhadap permainan tersebut dan seterusnya menjadi keliru sehingga tidak dapat membezakan sama ada dunia realiti atau dunia maya. Pemikiran tersebut terbentuk kerana golongan remaja ini tidak dapat menemui kewujudan dan keupayaan mereka di dunia realiti maka mereka cuba mencari kewujudan dan keupayaan mereka dalam dunia maya dengan mencipta watak yang mereka ingin menjadi untuk memuaskan diri sendiri. Pemikiran ini yang semakin serius akan menyebabkan remaja hanya hidup dalam dunia sendiri dan tidak peduli terhadap perkara-perkara lain. Lama-lamanya, remaja akan menjadi senyap dan tidak suka bergaul.


Selain itu,remaja kini juga mempunyai pemikiran yang suka cuba-mencuba untuk mencari keseronokan. Hal ini berlaku pada kebanyakan remaja kerana keinginan mereka untuk mencuba perkara baru serta mendapat keseronokan semasa meneroka sesuatu. Mereka akan mencuba berbagai-bagai perkara yang menarik perhatian untuk memuaskan keinginan serta mencari keseronokan. Kadang-kala, golongan remaja ini melakukan jenayah kerana jenayah merupakan sesuatu yang baru bagi mereka untuk mencuba dan mereka berfikiran boleh mendapat keseronokan yang diingini daripadanya. Contohnya, remaja kini yang melibatkan diri dalam pengambilan dadah. Tidak dapat dinafikan, mereka mendapat keseronokan yang diingini semasa mengambil dadah tetapi langsung tidak peduli akan kesannya yang akan memusnahkan kehidupan mereka. Oleh itu, boleh dikatakan pemikiran tersebut menyebabkan remaja kini hanya semata-mata mencari keseronokan tanpa peduli akan kesan sampingan.


Bukan sahaja pemikiran yang dinyatakan di atas, pemikiran negatif yang dinamakan materialism juga memudaratkan remaja terkini. Golongan remaja yang mempunyai pemikiran tersebut sentiasa menginginkan barang-barang mewah serta menikmati material yang berharga tinggi. Material yang berharga tinggi, tidak kira sama ada barang atau perkhidmatan, seperti kereta, laptop, jam tangan, pakaian, telefon bimbit serta hiasan-hiasan memberi kepuasan yang diingini oleh remaja untuk memuaskan pemikiran materialism mereka. Golongan ini lebih cenderung kepada barangan yang berjenama kerana biasanya barangan berjenama ini mempunyai standard yang lebih tinggi. Mereka akan berasa status diri lebih tinggi berbanding orang lain serta sentiasa menunjuk-tunjuk apabila menggunakan barangan mewah. Pemikiran ini juga secara langsung menyumbang kepada berlakunya jenayah. Hal ini kerana apabila remaja tidak mampu menampung kos untuk barangan mewah yang diingini, mereka akan memikirkan cara lain untuk mendapatkannya, seperti mencuri atau merompak. Oleh itu, pemikiran materialism boleh diklasifikasikan sebagai pemikiran yang negatif.


Seterusnya, pemikiran remaja yang matang awal pada zaman ini juga menjadi salah satu pemikiran yang negatif. Remaja yang berfikiran matang sentiasa berkelakuan seperti orang dewasa serta berfikiran boleh membuat semua keputusan. Mereka juga menganggap diri sebagai dewasa dan melakukan perkara yang terhad untuk dewasa sahaja. Fenomena tersebut secara tidak langsung menyebabkan berlakunya isu-isu berkaitan dengan seks di kalangan remaja. Oleh sebab pengaruh pemikiran matang awal ini, maka remaja kini turut berfikiran terbuka terhadap seks. Sebenarnya golongan remaja kurang memahami tentang seks tetapi mereka ingin mencuba dan rasa dirinya sudah cukup syarat untuk melakukan seks. Kebanyakan remaja melakukan seks semata-mata untuk mendapatkan keseronokan dan memenuhi naluri tetapi tidak mengambil berat tentang akibatnya. Akibat yang paling dikenali oleh masyarakat adalah berlakunya kes pembuangan bayi. Fikiran yang terbuka terhadap seks juga meruntuhkan moral remaja dengan menyertai aktiviti seperti seks berkumpulan, bertukar pasangan, dan “one night stand”. Akhirnya dapat dilihatlah bagaimana kedua-dua pemikiran negatif ini turut menjadi kekangan bagi membentuk insan yang sempurna di kalangan remaja.


Secara kesimpulannya, banyak pemikiran negatif telah ternanam dalam pemikiran remaja terkini. Pemikiran negatif ini bukan sahaja mempengaruhi pemikiran remaja, malahan secara langsung mempengaruhi perlakuan dan pertuturan remaja. Fenomena ini akan menjadi penghalang yang terbesar bagi negara dalam pembentukan bakal pemimpin yang cermelang iaitu remaja zaman sekarang. Pemikiran remaja terkini juga boleh dikatakan mempunyai pengaruh yang besar terhadap negaranya dalam pelbagai aspek. Oleh itu, semua pihak haruslah memberi tumpuan kepada perkembangan pemikiran remaja terkini supaya perkembangan pemikiran remaja tersebut dapat menuju ke arah yang betul, dan akhirnya membentuk remaja menjadi insan yang cermelang.

Tham Chun Kit
205077

REMAJA DENGAN RAKAN SEBAYA

Dalam menelusuri ambang transformasi ini, masalah sosial yang berlaku sememangnya menjejaskan imej negara. Tidak dinafikan bahawa,wujudnya pelbagai faktor yang menjana kepada fenomena sosial berlaku. Rakan sebaya sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan remaja,dari segi baik dan buruk,dosa atau pahala.Dalam pada itu,rakan sebaya boleh diklasifikasikan sebagai “ peer groups” yang merupakan sekumpulan remaja yang sama,tidak kira dari segi umur , minat , pendidikan atau kelas sosial. Remaja lebih suka menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.

Bak kata pepatah,masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan remaja.Tidak dinafikan bahawa,budaya rakan sebaya merupakan panduan bagi remaja dalam menilai diri dari segi tingkah laku , personaliti ,kemahiran , kebolehan dan sebagainya. Remaja kini lebih mudah menerima nasihat atau pandangan yang diberikan oleh rakan sebaya jika dibandingkan dengan nasihat ibu bapa. Hal in sedemikian disebabkan oleh remaja menganggap rakan sebaya sebagai pendorong yang boleh berkongsi idea dan pandangan serta boleh memberikan sokongan dan dorongan dalam menggalakkan mereka melakukan sesuatu perkara yang mereka idam-idamkan untuk mencabar. Dalam pada itu, juga wujudnya rakan sebaya yang memberikan pandangan negatif dalam mendorong remaja melakukan sesuatu perkara yang melanggar peraturan dan salah dari sisi undang-undang.Maka justerunya,fenomena yang berlaku ini menyebabkan kes sosial semakin hari semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Seterusnya,antaranya masalah yang sering dilakukan oleh remaja ialah penyalahgunaan dadah ,kehamilan , ponteng sekolah , lari dari rumah , membunuh diri dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa,rakan sebaya merupakan model sosial bagi para remaja. Lazimnya,rakan sebaya akan memberitahu cara mereka bertingkah laku dalam situasi atau keadaan yang berbeza. Sebagai contohnya , remaja biasanya gemar meniru atau menjejaki tingkah laku rakannya yang popular dan sudah membentuk hubungan rapat dengannya. Salah satu masalah remaja ialah masalah pelajaran. Remaja akanmenghadapi masalah dalam pembelajaran dan akan mula berasa tertekan apabila tidak memahami pelajaran yang diajar oleh guru. Di samping itu, remaja juga mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya untuk ponteng sekolah apabila tidak minat dan bosan dalam pelajaran . Mereka akan mengikuti rakan sebaya kerana mereka ingin diterima oleh rakan sebaya dalam kelompok atau “ clique” dan juga sifat mereka yang ingin tahu serta untuk mencari keseronokan.

Antara punca- punca yang menyebabkan remaja mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya ialah pepecahan keluarga. Lazimnya hubungan antara remaja dengan ibu bapa adalah tidak sebegitu rapat akibat daripada kekurangan berinteraksi atau berkomunikasi antara satu sama lain. Maka justerunya,sekiranya remaja mempunyai masalah , mereka akan meluahkan perasaan mereka kepada rakan sebaya dan menerima pandangan mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi remaja, rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan mereka yang sama umur. Mereka biasanya berfikiran kurang matang dan bersikap terburu-buru . Remaja akan melakukan jenayah apabila menghadapi masalah kekurangan wang .Mereka tidak akan memberitahu ibu bapa mereka kerana mereka menganggap mereka sudah dewasa dan mempunyai kemampuan menyara diri. Hal ini sedemikian disebabkan mereka dipengaruhi oleh rakan sebaya yang berfikiran negatif. Di samping itu, rakan sebaya yang tidak mempunyai pegangan yang kuat akan mempengaruhi remaja hilang jati diri .Mereka akan mengajar remaja merokok dan mencuba bahan dadah seperti minuman keras, gam dan pil khayal.

Antara kesan-kesan rakan sebaya yang berfikiran negatif terhadap remaja ialah menyebabkan peningkatan kes jenayah. Peningkatan kes jenayah boleh menyebabkan imej negara terjejas. Ini akan menyebabkan keselamatan masyarakat tidak terjamin dan terancam. Sebaliknya rakan sebaya yang berfikiran positif dan mempunyai sikap yang baik akan memberi pengaruh yang baik kepada remaja iaitu membantu remaja meningkatkan prestasi pelajaran dan memperbaiki hubungan kekeluargaan mereka supaya boleh berkomunikasi dengan baik. Ini dapat mengurangkan masalah sosial dan meningkatkan imej negara serta memajukan negara kita kerana remaja merupakan aset negara.

Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah sosial ialah pihak sekolah boleh memberi ceramah yang boleh memperkukuhkan pegangan remaja supaya mereka mempunyai fikiran yang positif dan mempunyai nilai-nilai yang baik. Di samping itu, ibu bapa juga berperanan penting .Ibu bapa harus mengambil perhatian terhadap anak-anaknya dan mengetahui tingkah laku anak mereka. Ibu bapa harus meluangkan masa untuk memahami anak mereka agar mengelakkan mereka berkawan dengan rakan sebaya yang bersikap negatif dan memberontak. Pihak kerajaan juga boleh memberikan hukuman yang keras terhadap remaja yang melanggar undang-undang supaya mereka tidak berani dan akan berfikir sebelum melakukan perkara jenayah seperti mengambil dadah ,merompak ,menguggut ,merogol dan sebagainya. Langkah-langkah di atas akan mengurangkan masalah sosial yang mengancam keselamatan masyarakat kita.

Kesimpulannya, rakan sebaya adalah merupakan agen pembentukan tingkah laku yang berkesan kepada remaja. Oleh itu , carilah remaja yang memiliki gaya hidup yang berdisiplin , kasih sayang , hormat-menghormati , mampu dan berupaya menjana potensi dan keperibadian anda ke arah yang lebih baik. Rakan sebaya merupakan orang yang boleh menjejaskan masa hadapan seseorang sama ada berjaya atau gagal . Rakan sebaya yang baik akan menguntungkan anda dan mendorong anda ke arah yang betul. Oleh itu , sekiranya kamu sudah mencari rakan sebaya yang baik , tahniah kepada kamu dan hargailah persahabatan kamu.

Cheah Yi Yin
206733

PANDANGAN REMAJA TERHADAP NILAI PATRIOTIK

Patriotik bermaksud bersifat mencintai dan mempertahankan dan mempertahankan kedaulatan negara. Semangat patriotisme pula bermakna perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Ukuran patriotisme cukup subjektif dan amat luas ertinya. Ia lebih bersifat spiritual, rasa cinta yang mendalam, subur dan kental terhadap tanah air yang tercinta. Namun pandangan remaja terhadap nilai patriotik berbeza-beza iaitu ada yang mempunyai semangat cintakan tanah air serta menghayatinya dan ada yang tidak ambil peduli ataupun sikap acuh tidak acuh.

Institusi pendidikan dikatakan kurang mengambil peranan dalam memotivasi generasi penerus untuk membangun negara menjadi negara maju. Perkara ini berlaku disebabkan wujudnya masalah dari segi sistem pendidikan dan nilai penghayatan dalam diri setiap insan.Hal ini didorong juga oleh sikap tidak acuh segelintir pihak terhadap perkara ini. Pelbagai program telah dijalankan termasuklah Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) bertujuan untuk memupuk semangatpatritisme dalam kalangan belia.

Kebelakangan ini, media pula dipersoalkan kerana hanya mengejar keuntungan semata-mata dengan berita sensasi, politik keterlaluan, tanpa melihat faktor pendidikan dan impaknya bagi generasi muda. Kebanyakkan tayangan di televisyen menampilkan negara yang berbeza dengan kenyataan dunia sebenarnya. Media alternatif pula terlalu rakus mensensasikan berita tanpa menyedari kesannya kepada generasi muda. Kesannya remaja seakan-akan bosan dan mengambil jalan lain bagi memenuhi selera mereka yang hampir tidak dipedulikan. Maka tidak hairanlah mereka lebih mengagung-agungkan artis pujaan mereka daripada menghayati jasa-jasa para pejuang negara yang bermati-matian untuk membebaskan tanah air kita. Tuntasnya, pihak media seharusnya memaparkan rancangan-rancangan yang berunsur pengetahuan dan pendidikan yang dapat memupuk semangat patriotisme dalam jiwa generasi muda terutama kanak-kanak yang bakal mewarisi negara.

Itulah pendapat mereka. Namun remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi akan mencintai , menghargai dan menyayangi tanah air mereka. Mereka akan pelihara dan mempertahankan negara ini utuk kepentingan masa hadapan.selain itu, mereka tidak akan melakukan perkara yang negatif terhadap negara contohnya merempit, vandalisme, menagih dadah dan sebagainya. Mereka turut menyambut ulngtahun kemerdekaan dengan perasaan penuh bangga dan bersemangat contohnya mengibarkan bendera dan laungan merdeka yang penuh semangat.

Bagi remaja yang tidak ambil peduli akan melakukan perbuatan yang negatif dan tidak bertamadun. Dalam masa kini terdapat banyak masalah sosial yang terdapat di negara kita contohnya lumba haram , pembuangan bayi , vandalisme dan sebagainya. Dalam konteks nilai patriotic mereka tidak menghayati dan merenung serta mengenang jasa pemimpin dahulu dalam mempertahankan negara dari penjajah. Remja pada hari ini mudah leka dan lalai dalam mengejar kehidupan di dunia. Pelbagai pihak harus mengambil bahagian dalam menangani masalah ini.
Tuntasnya,kita perlu menghayati dan menunjukkan sikap cintakan negara dan patriotisme secara spontan tanpa dipaksa.’Pemuda Harapan Bangsa’.itulah slogan perlu kita hayati bersama-sama dan merealisasikan untuk memajukan dan menjadi insan yang dikagumi pada satu hari nanti. Oleh itu remaja harus melengkapkan diri untuk membantu mengisi erti kemerdekaan.Marilah kita bersama-sama renunginya. Kepada semua mahasiswa gunakan semaksimum mungkin peluang untuk menyemai semangat patriotik dalam diri. Kitalah pewaris kepimpinan negara.

SITI ZAINON BINTI RASUL
206673

Wednesday, August 11, 2010

Kepentingan pendidikan kepada remaja

Proses pendidikan seseorang bermula dari tabika,tadika,sekolah rendah,sekolah menengah sehingga institusi pengajian tinggi malahan ada yang berakhir pendidikan dengan gelaran Phd,Dr,Prof dan lain-lain. Pendidikan adalah penting kepada remaja kerana pendidikan adalah media bagi remaja menimba ilmu pengetahuan.Tambahan pula,peredaran zaman sehingga hari ini kian mementingkan kelayakan pengajian pelajaran individu dalam pengambilan pekerja.Pada lain kata, tahap pengajian yang tinggi memberi prioriti kepada individu dalam pencarian kerja.Pendidikan meliputi skop yang luas,antaranya termasuklah aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek dalam membina seseorang insan yang berjaya.


Pendidikan dari aspek jasmani mementingkan penjagaan kesihatan diri seseorang.Melalui pendidikan jasmani,remaja dapat mengenali ciri-ciri fizikal,stamina,kelemahan dan penjagaan badan diri sendiri dengan lebih mendalam.Pendidikan jasmani tentang ciri-ciri merangkumi pendidikan tentang perbezaan antara sistem badan lelaki dan perempuan dan membantu remaja memahami seks dengan cara yang betul.Secara tidak langsungnya,remaja tidak akan mengeksplorasi informasi tentang seks melalui media massa sama ada yang bercetak mahupun yang berelektronik.Selain itu,aktiviti jasmani dapat menguji daya ketahanan ataupun stamina remaja.Pada masa yang sama,remaja dapat meneliti daya ketahanan diri sendiri.Contohnya,seseorang yang berdenyutan nadi perlahan kemungkinan berpenyakit kardiovaskular.Maka,dari situ seseorang akan lebih menjaga tahap kesihatan sendiri daripada pengetahuan yang dipelajari melalui pendidikan jasmani.


Pendidikan membina satu suasana di mana remaja dapat bergaul dan berinteraksi dengan individu yang berlainan jantina,kaum,bangsa dan lain-lain.Oleh hal sedemikian,remaja mula mengalami dan mengenali personaliti dan emosi sendiri malahan orang lain apabila menghadapi harungan dan cabaran dalam kehidupan remaja.Bak kata pepatah,sedikit-sedikit lama kelamaan menjadi bukit,melalui pengalaman remaja belajar memahami dan bertoleransi dengan individu lain yang berlainan personaliti dan juga belajar menerima kegagalan dan menjadi lebih lebih tabah dan berani untuk mengharungi cabaran dalam kehidupan.


Pendidikan agama membantu membina insan yang berakhlak tinggi.Hal sedemikian disebabkan agama mempunyai larangan dan amalan yang menghalang penganut agama daripada perlakuan-perlakuan yang dianggap sebagai perkara buruk dan menggalakkan malah menegaskan penganut untuk mengikut amalan tertentu supaya mencapai kesejateraan hidup.Secara tidak langsungnya,penganut yang berpegangan agama teguh akan mengikut ajaran agama sebagai panduan menjalankan kehidupan.Selain itu,remaja yang berpegangan agama kuat beriman tinggi dan akan mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang dianggap sebagai buruk seperti mencuri,menipu mengambil dadah dan lain-lain yang akan menjejaskan imej dan akhlak sendiri.


Pendidikan akademik dan praktikal membantu membangunkan intelektual remaja.Melalui pendidikan,remaja menimba ilmu pengetahuan yang berbagai-bagai bidang misalnya bidang sains,perdagangan,seni dan sebagainya.Dari secara teori kepada praktikal,remaja dilatih untuk memahami konsep mengikut bidang masing-masing dan aplikasikan secara praktikal.Secara langsungnya,remaja dapat menguasai dan mengguna ilmu mengikut situasi semasa.Hal sedemikian seterusnya menjayakan remaja berkemahiran berpelbagaian.Maka,bakal pemimpin masih dapat mengatasi masalah-masalah misalnya semasa negara menghadapi masalah penyakit berjangkit mahupun kegawatan ekonomi.Dengan remaja yang berintelektual tinggi, negara dapat berkekalan lama dengan kemajuan malahan terkenal di peringkat dunia atas kejayaan remaja menangani masalah.


Bak kata pepatah,’pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara’,ini merupakan fakta yang tidak dapat dinafikan kerana remajalah yang akan mewarisi dan mengekalkan kewujudan sesebuah negara.Oleh itu,terjelaslah bahawa pendidikan adalah penting kepada remaja sama ada demi kepentingan individu,masyarakat mahupun negara.


Lee Li Hua

206585

Remaja Dengan Ahli Keluarga (Ibu Bapa)


Remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi Negara kita pada masa akan datang. Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekat dengan mereka adalah keluarga mereka. Keluarga yang akan membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Bah kata, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Pendidikan awal memainkan peranan yang amat penting dalam remaja dalam alam dewasanya.

Kini, semakin banyak berita tentang pelbagai salahlaku yang dilakukan oleh remaja baik yang kecil atau yang besar. Ibu bapa dan ahli keluarga yang perlu memikul tanggungjawab yang terbesar ke atas masalah ini.

Untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa, para remaja telah melibatkan diri dalam gejala sosial. Dalam era yang sibuk ini, ibu bapa sering sibuk bekerja dan meninggalkan anak mereka dengan penjaga atau orang gaji. Ibu bapa terlalu sibuk bersosial dan hanya memberi wang atau benda materialistik kepada anak mereka. Selain itu, sesebuah keretakan rumahtangga juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Remaja tidak dapat menerima hakikat bahawa ibu bapa terpisah akan melakukan salahlaku untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa.

Tidak dapat dinafikan, ibu bapa adalah seseorang penagih dadah akan mempengaruhi anak mereka. Anak akan mengikut jejak ibu bapa pada masa dewasa dan melibatkan diri dalam alkohol dan dadah. Ibu bapa yang kahwin terlalu awal juga merupakan salah satu faktor. Ibu bapa yang tidak mendapat pendidikan yang tinggi akan secara tidak langsung menyebabkan anak mereka tidak suka belajar.

Jikalau masalah ini tidak diatasi dengan secepat mungkin, akibatnya akan menjadi amat buruk. Seseorang remaja yang telah melibatkan diri dalam gejala sosial akan diikut jejak oleh adik-beradiknya. Adik akan mengikut segala yang dilakukan oleh abang atau kakaknya kerana mempunyai pemikiran bahawa abang dan kakak lebih besar dan berpengalaman. Atau remaja akan menarik adik meraka untuk sama-sama melakukan perkara yang tidak baik. Selain itu, harapan ibu bapa akan dihancur. Ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi dan melaburkan dalam anaknya supaya anak dapat menjadi seorang yang berguna dan berjaya dalam masa depan akan hancur. Nama baik keluarga juga akan diburukkan dengan anak yang melakukan gejala sosial.

Masalah ini perlu diatasi dengan serta-merta untuk mengelakkannya bertambah buruk. Tetapi hanya ibu bapa sendiri yang dapat menyelesaikannya. Ibu bapa perlu meluangkan lebih masa dengan anak. Kadang-kala ibu bapa boleh membawa anak pergi melancong supaya mendapat lebih masa untuk berkomunikasi. ibu bapa juga perlu menjadi seorang kawan kepada anak terutama anak dalam usia remaja. Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan memberi perhatian yang rapi kepada anak kerana pada usia ini anak memerlukan perhatian yang amat sangat. Remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik.

Ibu bapa perlu memberi belaian kasih sayang supaya anak tidak merasa mereka disingkirkan. Ibu bapa tidak boleh pilih kasih kerana remaja adalah dalam alam yang paling sensitif. Ibu bapa perlu memahami keperluan anak mereka dan menerima segala pemintaan dengan hati terbuka. Ibu bapa juga boleh menggalakkan hubungan yang mesra dan interim antara anak mereka. Sebuah keluarga yang sempurna yang mempengaruhi anak menjadi seorang yang lebih positif dan gembira.

Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka. Mereka wajar membantu remaja agar meletakkan diri dari terjebak dengan kegiatan yang negatif. Pelbagai harapan diletaakan agar para remaja berupaya menjadi individu yang mampu menyumbang ke arah kesejahteraan Negara.

Lim Ju Wee
206589

Ketegangan Yang Dihadapi Oleh Remaja


Pada zaman ini,Negara kita mengalami perkembangan teknologi dan sains yang pesat.Semua orang perlu sentiasa meningkatkan taraf diri supaya tidak ketinggalan zaman.Oleh itu,taraf hidup menjadi tinggi diikuti dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.Semua orang hidup dalam keadaan yang tertekan bagi memperoleh kehidupan yang baik termasuk para remaja.Para remaja pada masa kini mengalami ketegangan daripada semua pihak disebabkan masyarakat yang mementingkan sijil pelajaran.

Ketegangan yang dihadapi oleh remaja boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu dari aspek peribadi,keluarga dan masyarakat.Remaja sentiasa menetapkan permintaaan yang tinggi terhadap pelajaran mereka.Mereka akan meluangkan kebanyakan masa mereka dalam pelajaran untuk mencapai matlamat yang ditetapkannya.Masa mereka adalah tidak cukup kerana terlalu banyak tugasan perlu disiapkan dan peperiksaan.Para remaja tidak menpunyai masa untuk menenangkan diri mereka.Secara tidak langsung wujudnya ketegangan yang bagai sebiji bom yang akan meletup pada bila-bila masa dalam kepala mereka..Setiap kali kita membaca surat khabar, mesti tredapat banyak berita mengenai mahasiswa yang cemerlang bunuh diri atau gila akibat tidak tahan dengan tekanan pelajaran.Ini merupakan satu kerugian yang besar bagi negara kita.

Remaja yang mempunyai pemikiran naturalisme mudah mengalami ketegangan kerana mereka berfikir sesuatu perkara dengan menggambarkan perkara tersebut dan tidak dapat mengeluarkan pandangan pada perkara itu.Mereka sentiasa merendahkan diri,tidak suka berinteraksi dengan orang lain,tidak bermotivasi,kurang berusaha,berjiwa rendah dan tidak bermaya.Remaja yang mengalami masalah percintaan juga mudah mengalami ketegangan kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka ditinggalkan oleh kekasih mereka.Mereka tidak dapat berfikiran waras dan melakukan perkara-perkara seperti dera diri, bunuh diri dan lain-lain.Perbuatan yang dilakukan olehnya bukan sahaja melukakan diri sendiri tetepi juga melukakan hati orang yang dicintai seperti ibu bapa.

Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ahli keluarga juga boleh menyebabkan berlaku ketegangan.Ibu bapa terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka sehingga tidak dapat menemani anak-anak mereka.Anak-anak mereka akan berasa kesunyiankerana tidak mempunyai sesiapa yang boleh mereka luahkan perasaan mereka yang terpedam dalam hati mereka.Masalah-masalah yang terpendam dalam hati mereka lama-kelamaan akan menjadimereka tertekan.Tekanan-tekanan ini menyebabkan berlakunya gejala seperti lari dari rumah,bergaul dengan kawan buruk dan sebagainya.

Para remaja juga mengalami ketegangan dari pihak masyarakat.Para remaja yang baru bekerja dalam masyarakat sentiasa mengalami ketegangan disebabkan oleh kekurangan pengalaman dan desakan daripada majikan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan olehnya.Pekerjaan seperti jurujual mudah hidup dalam keadaan yang tertekan kerana sentiasa memikir cara untuk meningkatkan kuota mereka.Pandangan serong oleh masyarakat terhadap remaja yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah boleh membuatkan mereka terasa tertekan.Kes-kes buli dalam pekerjaan menyebabkan mangsa kes buli(remaja)berasa takut dan tertekan untuk pergi bekerja.Mereka yang dalam keadaan tertekan tidak dapat menumpukan perhatian dalam pekerjaan mereka,produktiviti menurun akhirnya meletakkan jawatan.

Kesimpulannya,ketegangan remaja boleh berlaku dengan mudah daripada beberapa aspek.Ketegangan yang dihadapi oleh remaja tidak harus diabaikan sebaliknya harus ditandatangani dengan segera.Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi melahirkan generasi yang sihat.

Woo Zhen Xing

206603

Gegala Remaja Secara Umum

Saban waktu kita disodorkan dengan segala macam masalah gejala sosial di kalangan remaja.Ramai yang berasa cemas kiakesan yang ditinggalkan bagaikan suatu kerosakan yang agak sukar untuk dibaik pulih. Tidak sedikit yang merasa rimas apabila mengikuti perkembangan yang kita lalui , iaitu apabila semakin banyaknya gejala sosial muak dengan isu seks sebelum berkahwin, penagihan dadah, mat rempit dan sebagainya.

Ramai remaja suka mempunyai tindakan seks sebelum pada masa kini. Biasanya mereka suka mengadakan tindakan seks di rumah sendiri semasa tiada ahli keluarga , kawasan sekolah yang kurang dilalui orang atau lorong-lorong yang gelap. Remaja-remaja tersebut langsung tidak penduli sebab akibatnya selepas mengadakan tindakan seks, cuma untuk melepaskan nafsu seks. Gejala ini menyebabkan banyak kes pembuangan bayi, kes rogol dan juga mudah dijangkiti penyakit AIDS.

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang Cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya , Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah koya pada malam hujung minggu .Mat Rempit sering dikaitkan dengan kegiatan gangster, merompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak, malah ada juga Mat Rempit yang tidak menpunyai lessen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Masalah-masalah di atas amat memeningkan kerajaan.

Bukan itu sahaja, bilangan penagih dadah semakin bertambah saban tahun. Apa yang lebih membimbangkan ialah golongan remaja terutamanya pelajar sekolah terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat ini. Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organism dari segi fizikal atau mental. Remaja-remaja yang menagih dadah boleh menyebabkan kesihatan mental seperti minda tidak reaksi dengan cepat. Tambahan pula, prestasi pelajaran pelajar juga akan menurun kian hari.Hal ini demikian, pelajar tersebut tidak dapat menumpukan perhatian apabila ketagihan dengan dadah.

Gejala-gejala di atas adalah contoh gejala yang sering terlibat oleh remaja. Selain daripada gejala di atas ada banyak gejala lain seperti pembuangan bayi yang menjejaskan imej masyarakat kita. Apakah punca menyebabkan remaja melakukan gejala-gejala di atas?

Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja.Contoh mengikut perkataan orang dadah boleh merelakskan orang, maka remaja yang jahil akan mencuba dadah untuk memenuhi peraasan ingin tahu mereka.

Di kalangan remaja,kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik , boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain, mereka juga mudah diperalat oleh kawan. Banyak kes rogol berlaku juga disebabkan gadis-gadis terlalu mempercayai kawanmya, akhirnya kena tipu bukan sahaja badan tetapi maruah juga. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

Selain itu, sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan tanpa mengira sebab akibat sama ada terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pengaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya.

Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk, tetapi ada segelintir program-program reality TV, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Contoh: drama sex of the city yang menyarankan sex bebas.

Dalam hal ini, keluarga juga ada kalangan menjadi pendorong bertambah gejala sosial di kalangan remaja. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja.Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup, mereka sanggup menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setisp ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Keadaan ini juga tidak bagus tanpa panduan ,remaja tidak dapat tentukan kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai ini.

Apabila mengetahui punca-punca gejala-gejala yang berlaku di kalangan remaja, langkah-langkah yang sepatutnya perlu diadakan untuk mengatasi gejala-gejala tersebut berterusan.

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadapanak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Pastikan anak-anak berkawan dan bergaul dengan kawan-kawan yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu tingkatkan penghayatkan anak-anak terhadap agama, nilai- nilai murni ,membezakan apa yang salah dan benar supaya mereka boleh menyelesaikan masalah dengan pendirian yang lebih tepat.

Galakkan pendekatan akademik juga boleh mengelakkan remaja terlibat dalam gejala-gejala sosial. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan computer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Mewujudkan system perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Selain itu penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujukan masalah pelajar ini kepada pihak polis. Contoh jika didapat ada pelajar menagih dadah pihak sekolah patut melaporkan kepada polis bukan membiarkan pelajar tersebut supaya nama baik sekolah dijaga.

Selain itu, kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan perlaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Hal ini demikian, remaja-remaja dapat meluahkan hati apabila menghadapi masalah. Ini boleh mengelakkan remaja terjerumus dalam gejala sosial.

Akhirnya, pihak masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mangatasi gejala sosial. Mereka tidak patut mempunyai sikap “Ini bukan hal peribadi saya tentang gejala remaja”. Sebaliknya mereka perlu melaporkan kepada pihak polisjika mendapati ada remaja melanggar undang-undang dan jadilah saksi tentang kes-kes tertentu jika diperlukan.

Remaja-remaja adalah harapan sesebuah Negara . Perkembangan sebuah Negara amat bergantung kepada remaja-remaja. Oleh itu, tanggungjawab mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja adalah tanggungjawab semua pihak.

Tan Wan Gian

205393