“Pemikiran remaja terkini”, merupakan salah satu topik antara kalangan topik yang membincangkan remaja. Sebenarnya topik yang mengenai remaja banyak diberi perhatian daripada pelbagai pihak serta dari pelbagai aspek pada zaman kini. Adakah berasa hairan apabila melihat golongan remaja ini diberi banyak perhatian sama ada dari segi fizikal, mental, rohani, serta jasmani yang ada pada mereka? Jawapannya adalah kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara . Oleh itu, negara kita bergiat melaburkan banyak usaha untuk membentuk remaja yang sempurna dari semua aspek supaya pemimpin negara yang akan datang ini dapat membawa negara kita menuju ke era yang baru.
Remaja boleh didefinisikan sebagai pemuda yang telah besar atau mulai menjadi matang manakala perkataan pemikiran pula merujuk kepada cara memikirkan sesuatu perkara atau hal. Oleh itu, dalam topik “Pemikiran remaja tekini”, kita akan membincangkan cara memikirkan sesuatu perkara oleh pemuda-pemudi pada zaman sekarang. Pada pendapat saya, pemikiran remaja kini boleh dibahagi kepada positif atau negatif. Pemikiran yang positif dapat membentuk insan yang cermelang. Sebaliknya, pemikiran yang negatif pula boleh memusnahkan seseorang remaja dalam pelbagai makna. Jika begitu, bagaimanakah pemikiran remaja terbentuk dan bagaimanakah untuk mengklasifikasikan pemikiran remaja sebagai positif atau negatif? Sebenarnya, pemikiran remaja yang terbentuk dipengaruhi oleh banyak faktor seperti identiti, sosial, persekitaran, dan lain-lain. Pemikiran remaja ini pula diklasifikasikan berdasarkan norma yang sedia ada. Seterusnya, isi akan membincangkan beberapa pemikiran yang diklasifikasikan sebagai pemikiran negatif.
Pertamanya adalah pemikiran remaja yang tidak suka bergaul. Bilangan remaja dalam golongan ini adalah kecil. Mereka sering berseorangan dan tidak berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini mungkin disebabkan mereka tidak mudah mempercayai sesiapa dan ingin menjauhi diri daripada yang lain. Jika mereka disuruh menyertai apa-apa aktiviti yang orang ramai, mereka rela menyorok di dalam bilik dan buat perkara yang sukai. Meraka sentiasa melakukan aktiviti yang bersendirian seperti membaca buku, menonton anima, bermain permainan elektronik dan sebagainya. Pemikiran ini menyebabkan remaja tidak dapat berdepan dengan orang ramai serta tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain. Kegagalan untuk berinteraksi dengan orang lain mestilah menjadi kekangan yang besar kepada remaja pada masa depan.
Pemikiran yang tidak realistik turut menjadi salah satu simbol bagi remaja tekini. Golongan remaja yang berfikiran tidak realistik akan sentiasa memikirkan perkara yang bukan-bukan atau mustahil. Mereka memberikan perhatian kepada perkara atau benda yang hanya wujud dalam dunia maya. Contoh yang paling dikenali ramai ialah permainan “online”. Remaja akan mengimaginasikan watak dalam permainan sebagai diri sendirinya. Mereka akan mulai tagih terhadap permainan tersebut dan seterusnya menjadi keliru sehingga tidak dapat membezakan sama ada dunia realiti atau dunia maya. Pemikiran tersebut terbentuk kerana golongan remaja ini tidak dapat menemui kewujudan dan keupayaan mereka di dunia realiti maka mereka cuba mencari kewujudan dan keupayaan mereka dalam dunia maya dengan mencipta watak yang mereka ingin menjadi untuk memuaskan diri sendiri. Pemikiran ini yang semakin serius akan menyebabkan remaja hanya hidup dalam dunia sendiri dan tidak peduli terhadap perkara-perkara lain. Lama-lamanya, remaja akan menjadi senyap dan tidak suka bergaul.
Selain itu,remaja kini juga mempunyai pemikiran yang suka cuba-mencuba untuk mencari keseronokan. Hal ini berlaku pada kebanyakan remaja kerana keinginan mereka untuk mencuba perkara baru serta mendapat keseronokan semasa meneroka sesuatu. Mereka akan mencuba berbagai-bagai perkara yang menarik perhatian untuk memuaskan keinginan serta mencari keseronokan. Kadang-kala, golongan remaja ini melakukan jenayah kerana jenayah merupakan sesuatu yang baru bagi mereka untuk mencuba dan mereka berfikiran boleh mendapat keseronokan yang diingini daripadanya. Contohnya, remaja kini yang melibatkan diri dalam pengambilan dadah. Tidak dapat dinafikan, mereka mendapat keseronokan yang diingini semasa mengambil dadah tetapi langsung tidak peduli akan kesannya yang akan memusnahkan kehidupan mereka. Oleh itu, boleh dikatakan pemikiran tersebut menyebabkan remaja kini hanya semata-mata mencari keseronokan tanpa peduli akan kesan sampingan.
Bukan sahaja pemikiran yang dinyatakan di atas, pemikiran negatif yang dinamakan materialism juga memudaratkan remaja terkini. Golongan remaja yang mempunyai pemikiran tersebut sentiasa menginginkan barang-barang mewah serta menikmati material yang berharga tinggi. Material yang berharga tinggi, tidak kira sama ada barang atau perkhidmatan, seperti kereta, laptop, jam tangan, pakaian, telefon bimbit serta hiasan-hiasan memberi kepuasan yang diingini oleh remaja untuk memuaskan pemikiran materialism mereka. Golongan ini lebih cenderung kepada barangan yang berjenama kerana biasanya barangan berjenama ini mempunyai standard yang lebih tinggi. Mereka akan berasa status diri lebih tinggi berbanding orang lain serta sentiasa menunjuk-tunjuk apabila menggunakan barangan mewah. Pemikiran ini juga secara langsung menyumbang kepada berlakunya jenayah. Hal ini kerana apabila remaja tidak mampu menampung kos untuk barangan mewah yang diingini, mereka akan memikirkan cara lain untuk mendapatkannya, seperti mencuri atau merompak. Oleh itu, pemikiran materialism boleh diklasifikasikan sebagai pemikiran yang negatif.
Seterusnya, pemikiran remaja yang matang awal pada zaman ini juga menjadi salah satu pemikiran yang negatif. Remaja yang berfikiran matang sentiasa berkelakuan seperti orang dewasa serta berfikiran boleh membuat semua keputusan. Mereka juga menganggap diri sebagai dewasa dan melakukan perkara yang terhad untuk dewasa sahaja. Fenomena tersebut secara tidak langsung menyebabkan berlakunya isu-isu berkaitan dengan seks di kalangan remaja. Oleh sebab pengaruh pemikiran matang awal ini, maka remaja kini turut berfikiran terbuka terhadap seks. Sebenarnya golongan remaja kurang memahami tentang seks tetapi mereka ingin mencuba dan rasa dirinya sudah cukup syarat untuk melakukan seks. Kebanyakan remaja melakukan seks semata-mata untuk mendapatkan keseronokan dan memenuhi naluri tetapi tidak mengambil berat tentang akibatnya. Akibat yang paling dikenali oleh masyarakat adalah berlakunya kes pembuangan bayi. Fikiran yang terbuka terhadap seks juga meruntuhkan moral remaja dengan menyertai aktiviti seperti seks berkumpulan, bertukar pasangan, dan “one night stand”. Akhirnya dapat dilihatlah bagaimana kedua-dua pemikiran negatif ini turut menjadi kekangan bagi membentuk insan yang sempurna di kalangan remaja.
Secara kesimpulannya, banyak pemikiran negatif telah ternanam dalam pemikiran remaja terkini. Pemikiran negatif ini bukan sahaja mempengaruhi pemikiran remaja, malahan secara langsung mempengaruhi perlakuan dan pertuturan remaja. Fenomena ini akan menjadi penghalang yang terbesar bagi negara dalam pembentukan bakal pemimpin yang cermelang iaitu remaja zaman sekarang. Pemikiran remaja terkini juga boleh dikatakan mempunyai pengaruh yang besar terhadap negaranya dalam pelbagai aspek. Oleh itu, semua pihak haruslah memberi tumpuan kepada perkembangan pemikiran remaja terkini supaya perkembangan pemikiran remaja tersebut dapat menuju ke arah yang betul, dan akhirnya membentuk remaja menjadi insan yang cermelang.
Tham Chun Kit
205077
No comments:
Post a Comment