Dalam menelusuri ambang transformasi ini, masalah sosial yang berlaku sememangnya menjejaskan imej negara. Tidak dinafikan bahawa,wujudnya pelbagai faktor yang menjana kepada fenomena sosial berlaku. Rakan sebaya sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan remaja,dari segi baik dan buruk,dosa atau pahala.Dalam pada itu,rakan sebaya boleh diklasifikasikan sebagai “ peer groups” yang merupakan sekumpulan remaja yang sama,tidak kira dari segi umur , minat , pendidikan atau kelas sosial. Remaja lebih suka menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.
Bak kata pepatah,masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan remaja.Tidak dinafikan bahawa,budaya rakan sebaya merupakan panduan bagi remaja dalam menilai diri dari segi tingkah laku , personaliti ,kemahiran , kebolehan dan sebagainya. Remaja kini lebih mudah menerima nasihat atau pandangan yang diberikan oleh rakan sebaya jika dibandingkan dengan nasihat ibu bapa. Hal in sedemikian disebabkan oleh remaja menganggap rakan sebaya sebagai pendorong yang boleh berkongsi idea dan pandangan serta boleh memberikan sokongan dan dorongan dalam menggalakkan mereka melakukan sesuatu perkara yang mereka idam-idamkan untuk mencabar. Dalam pada itu, juga wujudnya rakan sebaya yang memberikan pandangan negatif dalam mendorong remaja melakukan sesuatu perkara yang melanggar peraturan dan salah dari sisi undang-undang.Maka justerunya,fenomena yang berlaku ini menyebabkan kes sosial semakin hari semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Seterusnya,antaranya masalah yang sering dilakukan oleh remaja ialah penyalahgunaan dadah ,kehamilan , ponteng sekolah , lari dari rumah , membunuh diri dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa,rakan sebaya merupakan model sosial bagi para remaja. Lazimnya,rakan sebaya akan memberitahu cara mereka bertingkah laku dalam situasi atau keadaan yang berbeza. Sebagai contohnya , remaja biasanya gemar meniru atau menjejaki tingkah laku rakannya yang popular dan sudah membentuk hubungan rapat dengannya. Salah satu masalah remaja ialah masalah pelajaran. Remaja akanmenghadapi masalah dalam pembelajaran dan akan mula berasa tertekan apabila tidak memahami pelajaran yang diajar oleh guru. Di samping itu, remaja juga mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya untuk ponteng sekolah apabila tidak minat dan bosan dalam pelajaran . Mereka akan mengikuti rakan sebaya kerana mereka ingin diterima oleh rakan sebaya dalam kelompok atau “ clique” dan juga sifat mereka yang ingin tahu serta untuk mencari keseronokan.
Antara punca- punca yang menyebabkan remaja mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya ialah pepecahan keluarga. Lazimnya hubungan antara remaja dengan ibu bapa adalah tidak sebegitu rapat akibat daripada kekurangan berinteraksi atau berkomunikasi antara satu sama lain. Maka justerunya,sekiranya remaja mempunyai masalah , mereka akan meluahkan perasaan mereka kepada rakan sebaya dan menerima pandangan mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi remaja, rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan mereka yang sama umur. Mereka biasanya berfikiran kurang matang dan bersikap terburu-buru . Remaja akan melakukan jenayah apabila menghadapi masalah kekurangan wang .Mereka tidak akan memberitahu ibu bapa mereka kerana mereka menganggap mereka sudah dewasa dan mempunyai kemampuan menyara diri. Hal ini sedemikian disebabkan mereka dipengaruhi oleh rakan sebaya yang berfikiran negatif. Di samping itu, rakan sebaya yang tidak mempunyai pegangan yang kuat akan mempengaruhi remaja hilang jati diri .Mereka akan mengajar remaja merokok dan mencuba bahan dadah seperti minuman keras, gam dan pil khayal.
Antara kesan-kesan rakan sebaya yang berfikiran negatif terhadap remaja ialah menyebabkan peningkatan kes jenayah. Peningkatan kes jenayah boleh menyebabkan imej negara terjejas. Ini akan menyebabkan keselamatan masyarakat tidak terjamin dan terancam. Sebaliknya rakan sebaya yang berfikiran positif dan mempunyai sikap yang baik akan memberi pengaruh yang baik kepada remaja iaitu membantu remaja meningkatkan prestasi pelajaran dan memperbaiki hubungan kekeluargaan mereka supaya boleh berkomunikasi dengan baik. Ini dapat mengurangkan masalah sosial dan meningkatkan imej negara serta memajukan negara kita kerana remaja merupakan aset negara.
Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah sosial ialah pihak sekolah boleh memberi ceramah yang boleh memperkukuhkan pegangan remaja supaya mereka mempunyai fikiran yang positif dan mempunyai nilai-nilai yang baik. Di samping itu, ibu bapa juga berperanan penting .Ibu bapa harus mengambil perhatian terhadap anak-anaknya dan mengetahui tingkah laku anak mereka. Ibu bapa harus meluangkan masa untuk memahami anak mereka agar mengelakkan mereka berkawan dengan rakan sebaya yang bersikap negatif dan memberontak. Pihak kerajaan juga boleh memberikan hukuman yang keras terhadap remaja yang melanggar undang-undang supaya mereka tidak berani dan akan berfikir sebelum melakukan perkara jenayah seperti mengambil dadah ,merompak ,menguggut ,merogol dan sebagainya. Langkah-langkah di atas akan mengurangkan masalah sosial yang mengancam keselamatan masyarakat kita.
Kesimpulannya, rakan sebaya adalah merupakan agen pembentukan tingkah laku yang berkesan kepada remaja. Oleh itu , carilah remaja yang memiliki gaya hidup yang berdisiplin , kasih sayang , hormat-menghormati , mampu dan berupaya menjana potensi dan keperibadian anda ke arah yang lebih baik. Rakan sebaya merupakan orang yang boleh menjejaskan masa hadapan seseorang sama ada berjaya atau gagal . Rakan sebaya yang baik akan menguntungkan anda dan mendorong anda ke arah yang betul. Oleh itu , sekiranya kamu sudah mencari rakan sebaya yang baik , tahniah kepada kamu dan hargailah persahabatan kamu.
Cheah Yi Yin
206733
Video games: why you should play them on your mobile
ReplyDeletevideo games: why you should play them on your mobile. Play these. Video games · Play them on your Android phone · Watch and download the new video games. youtube mp3