Proses pendidikan seseorang bermula dari tabika,tadika,sekolah rendah,sekolah menengah sehingga institusi pengajian tinggi malahan ada yang berakhir pendidikan dengan gelaran Phd,Dr,Prof dan lain-lain. Pendidikan adalah penting kepada remaja kerana pendidikan adalah media bagi remaja menimba ilmu pengetahuan.Tambahan pula,peredaran zaman sehingga hari ini kian mementingkan kelayakan pengajian pelajaran individu dalam pengambilan pekerja.Pada lain kata, tahap pengajian yang tinggi memberi prioriti kepada individu dalam pencarian kerja.Pendidikan meliputi skop yang luas,antaranya termasuklah aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek dalam membina seseorang insan yang berjaya.
Pendidikan dari aspek jasmani mementingkan penjagaan kesihatan diri seseorang.Melalui pendidikan jasmani,remaja dapat mengenali ciri-ciri fizikal,stamina,kelemahan dan penjagaan badan diri sendiri dengan lebih mendalam.Pendidikan jasmani tentang ciri-ciri merangkumi pendidikan tentang perbezaan antara sistem badan lelaki dan perempuan dan membantu remaja memahami seks dengan cara yang betul.Secara tidak langsungnya,remaja tidak akan mengeksplorasi informasi tentang seks melalui media massa sama ada yang bercetak mahupun yang berelektronik.Selain itu,aktiviti jasmani dapat menguji daya ketahanan ataupun stamina remaja.Pada masa yang sama,remaja dapat meneliti daya ketahanan diri sendiri.Contohnya,seseorang yang berdenyutan nadi perlahan kemungkinan berpenyakit kardiovaskular.Maka,dari situ seseorang akan lebih menjaga tahap kesihatan sendiri daripada pengetahuan yang dipelajari melalui pendidikan jasmani.
Pendidikan membina satu suasana di mana remaja dapat bergaul dan berinteraksi dengan individu yang berlainan jantina,kaum,bangsa dan lain-lain.Oleh hal sedemikian,remaja mula mengalami dan mengenali personaliti dan emosi sendiri malahan orang lain apabila menghadapi harungan dan cabaran dalam kehidupan remaja.Bak kata pepatah,sedikit-sedikit lama kelamaan menjadi bukit,melalui pengalaman remaja belajar memahami dan bertoleransi dengan individu lain yang berlainan personaliti dan juga belajar menerima kegagalan dan menjadi lebih lebih tabah dan berani untuk mengharungi cabaran dalam kehidupan.
Pendidikan agama membantu membina insan yang berakhlak tinggi.Hal sedemikian disebabkan agama mempunyai larangan dan amalan yang menghalang penganut agama daripada perlakuan-perlakuan yang dianggap sebagai perkara buruk dan menggalakkan malah menegaskan penganut untuk mengikut amalan tertentu supaya mencapai kesejateraan hidup.Secara tidak langsungnya,penganut yang berpegangan agama teguh akan mengikut ajaran agama sebagai panduan menjalankan kehidupan.Selain itu,remaja yang berpegangan agama kuat beriman tinggi dan akan mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang dianggap sebagai buruk seperti mencuri,menipu mengambil dadah dan lain-lain yang akan menjejaskan imej dan akhlak sendiri.
Pendidikan akademik dan praktikal membantu membangunkan intelektual remaja.Melalui pendidikan,remaja menimba ilmu pengetahuan yang berbagai-bagai bidang misalnya bidang sains,perdagangan,seni dan sebagainya.Dari secara teori kepada praktikal,remaja dilatih untuk memahami konsep mengikut bidang masing-masing dan aplikasikan secara praktikal.Secara langsungnya,remaja dapat menguasai dan mengguna ilmu mengikut situasi semasa.Hal sedemikian seterusnya menjayakan remaja berkemahiran berpelbagaian.Maka,bakal pemimpin masih dapat mengatasi masalah-masalah misalnya semasa negara menghadapi masalah penyakit berjangkit mahupun kegawatan ekonomi.Dengan remaja yang berintelektual tinggi, negara dapat berkekalan lama dengan kemajuan malahan terkenal di peringkat dunia atas kejayaan remaja menangani masalah.
Bak kata pepatah,’pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara’,ini merupakan fakta yang tidak dapat dinafikan kerana remajalah yang akan mewarisi dan mengekalkan kewujudan sesebuah negara.Oleh itu,terjelaslah bahawa pendidikan adalah penting kepada remaja sama ada demi kepentingan individu,masyarakat mahupun negara.
Lee Li Hua
206585
No comments:
Post a Comment