Friday, August 27, 2010

PANDANGAN REMAJA TERHADAP NILAI PATRIOTIK

Patriotik bermaksud bersifat mencintai dan mempertahankan dan mempertahankan kedaulatan negara. Semangat patriotisme pula bermakna perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Ukuran patriotisme cukup subjektif dan amat luas ertinya. Ia lebih bersifat spiritual, rasa cinta yang mendalam, subur dan kental terhadap tanah air yang tercinta. Namun pandangan remaja terhadap nilai patriotik berbeza-beza iaitu ada yang mempunyai semangat cintakan tanah air serta menghayatinya dan ada yang tidak ambil peduli ataupun sikap acuh tidak acuh.

Institusi pendidikan dikatakan kurang mengambil peranan dalam memotivasi generasi penerus untuk membangun negara menjadi negara maju. Perkara ini berlaku disebabkan wujudnya masalah dari segi sistem pendidikan dan nilai penghayatan dalam diri setiap insan.Hal ini didorong juga oleh sikap tidak acuh segelintir pihak terhadap perkara ini. Pelbagai program telah dijalankan termasuklah Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) bertujuan untuk memupuk semangatpatritisme dalam kalangan belia.

Kebelakangan ini, media pula dipersoalkan kerana hanya mengejar keuntungan semata-mata dengan berita sensasi, politik keterlaluan, tanpa melihat faktor pendidikan dan impaknya bagi generasi muda. Kebanyakkan tayangan di televisyen menampilkan negara yang berbeza dengan kenyataan dunia sebenarnya. Media alternatif pula terlalu rakus mensensasikan berita tanpa menyedari kesannya kepada generasi muda. Kesannya remaja seakan-akan bosan dan mengambil jalan lain bagi memenuhi selera mereka yang hampir tidak dipedulikan. Maka tidak hairanlah mereka lebih mengagung-agungkan artis pujaan mereka daripada menghayati jasa-jasa para pejuang negara yang bermati-matian untuk membebaskan tanah air kita. Tuntasnya, pihak media seharusnya memaparkan rancangan-rancangan yang berunsur pengetahuan dan pendidikan yang dapat memupuk semangat patriotisme dalam jiwa generasi muda terutama kanak-kanak yang bakal mewarisi negara.

Itulah pendapat mereka. Namun remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi akan mencintai , menghargai dan menyayangi tanah air mereka. Mereka akan pelihara dan mempertahankan negara ini utuk kepentingan masa hadapan.selain itu, mereka tidak akan melakukan perkara yang negatif terhadap negara contohnya merempit, vandalisme, menagih dadah dan sebagainya. Mereka turut menyambut ulngtahun kemerdekaan dengan perasaan penuh bangga dan bersemangat contohnya mengibarkan bendera dan laungan merdeka yang penuh semangat.

Bagi remaja yang tidak ambil peduli akan melakukan perbuatan yang negatif dan tidak bertamadun. Dalam masa kini terdapat banyak masalah sosial yang terdapat di negara kita contohnya lumba haram , pembuangan bayi , vandalisme dan sebagainya. Dalam konteks nilai patriotic mereka tidak menghayati dan merenung serta mengenang jasa pemimpin dahulu dalam mempertahankan negara dari penjajah. Remja pada hari ini mudah leka dan lalai dalam mengejar kehidupan di dunia. Pelbagai pihak harus mengambil bahagian dalam menangani masalah ini.
Tuntasnya,kita perlu menghayati dan menunjukkan sikap cintakan negara dan patriotisme secara spontan tanpa dipaksa.’Pemuda Harapan Bangsa’.itulah slogan perlu kita hayati bersama-sama dan merealisasikan untuk memajukan dan menjadi insan yang dikagumi pada satu hari nanti. Oleh itu remaja harus melengkapkan diri untuk membantu mengisi erti kemerdekaan.Marilah kita bersama-sama renunginya. Kepada semua mahasiswa gunakan semaksimum mungkin peluang untuk menyemai semangat patriotik dalam diri. Kitalah pewaris kepimpinan negara.

SITI ZAINON BINTI RASUL
206673

No comments:

Post a Comment